.
Masuk kali ke berapa entah... bila buat donat mesti tak pernah jadi!! Last buat rasanya tahun lepas, disebabkan tak menjadi terus tanam azam tak nak buat sampai bila2.. padan muka ko donat! Padahal simple je resepi dia.. maybe kita org ni tak de chemistry kot, tu yg tak ngam... tak pun Awek Cun mmg tak layak utk benda2 simple mcm ni agaknya... hehehe. Tapi kali ni nak try sekali lagi.. org mana entah kata "prektis mek perfek".. kalau tak menjadi jugaaaaaak....... siap! aku gigit2 ko!!
Daripada 1 adunan donat, dapat buat mcm2 'kuih' gara2 doh yg entah mana silapnya. Dah agak dah, dah agak.....
Memula buat bulat2, dapat le sepinggan kecik. Pas tu cuba main pintal2, yg 1 tu ada le bentuk tocang india merah, yg lagi 1 lak, tocang dah terburai... bila tabur gula, keluor pulak bentuk selipo jepun.. lantak! Makin lama mood makin hilang, main gulung pakai tapak tangan je.. jadi le anak ikan puyu 3 ekor.
Lepas break selama 3 jam (nangis sampai tertidur akibat terlalu keciwa), cuba habiskan doh yg tinggal 1/2. Pintal dan pintal lagi.. deco lak dgn sausage dapat le bentuk congkak, cuba lak bungkus sausage dgn kain kapan... Eh, pau sambal & krim paf ade jugak laaa..
Gara2 malas nak memintal lagi, hempuk je semua dalam loyang, hambik ko! habis cerita.. Dapat le 1 roti tak berapa nak manis yg dicicah b'sama kopi o kau di petang dingin sambil melihat rintik-rintik hujan jatuh di balik jendela kaca...(sila ambil mood ala-ala Nigella Lawson makan walaupun masakan tak menjadi).
Episod donat yg entah hapehape entah, luar rangup dalam tak berapa nak gebu. Tapi bebudak 3 org ni makan ok je.... tak de sesapa pun masuk spital,... ok le tu kot hehehe
.
3 comments:
hihihi.. suke la bab hempuk je tuh, hihihi
jom jadik kawan!
takpe..asalkan ada minat nk membuat boleh teruskan usaha sampai jadik..kalau sy mmg x bes fren dgn donat nih hehe
Khairul
Nasib baik tak ku hempuk ke tong sampah.
Cik Betty
Tak sudi nak jadi bff dgn donat
Post a Comment