Thursday, 30 August 2012

Muzium Perang, Bukit Maung Pulau Pinang...


Sempena menyambut kemerdekaann negara yang ke 55, jom jengah Muzium Perang, Bukit Maung Pulau Pinang... muzium terbesar di Asia Tenggara.  Kubu tentera British yang dibina pada 1930 dengan tenaga buruh paksa yang terdiri daripada rakyat tempatan, buruh asing dari Afrika Selatan, India & Nepal mengambil masa hampir 9 tahun utk disiapkan.

Dekat sini ada pusat lojistik & risikan, dewan, kuarters, bilik memasak, lokap, ruang penembakan meriam, menara pemerhati, tangki air, bilik generator dan klinik.  

Pejabat


Loker Peluru
 
  Perigi sedalam 30 meter/100 kaki digunakan untuk menghantar senjata api.
 Kubu menembak pesawat udara

 Kanopi pokok mampu mengaburi pandangan dari udara

Ada 3 terowong rahsia antaranya terletak 9 meter di bawah tanah dengan ketebalan dinding 1.2 meter tanpa dapat dikesan oleh satelit.  Kita orang masuk 1 je terowong.. 5minit berjalan dalam keadaan tunduk, gelap gelita, sempit, panas, berbelok-belok dan menyeramkan.  Tobat tak nak masuk lagi.

 Salam satu daripada terowong bawah tanah ini memudahkan tentera melarikan diri dari musuh

Kubu ni jatuh ke tangan Jepun pada 1942 dan dijadikan sebagai tempat tahanan & penyeksaan selama 2 tahun lebih sebelum kalah pada Tentera Berikat pada 1945, sekaligus berakhirnya Perang Dunia Kedua.


Kawasan lapang ini pernah dijadikan kawasan istirehat tentera British dan ditukar menjadi tempat tentera Jepun menjalankan hukuman pancung.  Meremang bulu roma bila lalu kawasan ni... 

Bilik rehat pegawai tentera British

Ada 1 deretan berek digunakan oleh tentera Jepun untuk menyeksa tahanan dan bilik khas untuk memuaskan nafsu serakah mereka... siap ada kesan darah kering pada dinding dan tiang katil... takut nak snap.  Terfikir jugak, kenapalah tempat2 macam ni sVSs  lawat, mujur tak de apa-apa yang ikut balik.

Menurut wikipedia, The Tiger of Malaya adalah gelaran yang diberikan kepada Jeneral Jepun, Yamashita Tomoyuki semasa Perang Dunia Kedua.  Beliau dinobatkan sebagai orang yang bertanggungjawab menakluk Tanah Melayu dan yang telah mengusir British dari Asia Tenggara. Aku benci kau Yamashita! 




October 2002, kubu ni dijadikan Muzium Perang selepas 60 tahun terbiar dengan pelbagai rahsia, misteri & sejarah.






Nota Ketiak : sejarahlah yang mencorakkan sesebuah negara...




.

23 comments:

Izwa Kamaruddin said...

layan gak kan muzium ni..

SURIA AMANDA said...

nice...i hate war too...

Dr Singa said...

saya pernah nengok pasal muzium ni kat Hidden Cities kat Astro

kubu British paling mahal di luar Britain
Tak pernah digunakan untuk perang
Sebab Mat Saleh dah cabut awal dari Pulau Pinang sebelum Jepun serang Pulau Pinang
Penakut !!

gadisBunga™ said...

cool...!!!!

nak pegi! nak pegi! lalala!!!

Anonymous said...

pernah ke penang tpi x pernah smpai ke sini lagi hehehe

kasihredha said...

jepun datang kejap je dah bolah buat macam2 kan...
kejam diaorang ni

+ e.z + said...

eB musti x leh msk,
confirm la mcm2 TERnmpk nanti...
silap2 ari bulan Aerish dok tgr & bersembang la plk...
& ader yg sebok nk ikot balik...
huwaaaaaaaaa...
kalo eB x preggy x per... nih x mo, x mo...
nauzubillah...

Unknown said...

nampak menarik muzium tuh,PM penang pun x pernah sampai lagi...huhu

Telor Power said...

nais entry....sempena merdeka ke???

ini kubu british tercanggih di abad tu semasa melawan jepun di tanah melayu.
member kata kalau pi waktu malam pun indah juga



* dah beribu-ribu kali dtg ke penang tapi masih tak berjaya jejak masuk ke mizium perang ni.cisss...

Ros said...

Assalamualaikum sudipVSsenduk,

Selamat hari raya maaf zahir batin dan selamat menyambut hari merdeka..Semoga tak berlaku dah perang2 macam tu kan....

sudipVSsenduk said...

Kan.. Boleh menambahkan semangat petriotisme

sudipVSsenduk said...

Me 3

sudipVSsenduk said...

Terbantut sayapnya (tentera british)

sudipVSsenduk said...

Tak nak ikut! Tak nak ikut! sob sob sob

sudipVSsenduk said...

Pi la. Jgn lupa masuk terowong yg kena merangkak tau..

sudipVSsenduk said...

Tak padan dgn kenit

sudipVSsenduk said...

Jangan cari penyakit dik. Duduk rumah makan asid folik tu lagi baik

sudipVSsenduk said...

Penang antara negeri yang best!
Jgn bawak si Mifz datang sini, takut ada benda yg berkenan sbb dia kiut banget...

sudipVSsenduk said...

Yea, semangat merdeka!

Malam? Oh, no no no...

* makan pasemboq mesti dah beribu-ribu kali kan... :-P

sudipVSsenduk said...

Waalaikumsalam Ros

Selamat hari raya jugak utk awak, maaf zahir & batin.
Betul betul betul

+ e.z + said...

ha3...
dok umah pn ader yg jenguk la kelmarin. huwaaaaaaaaaa
seram...

wahida said...

kalau saya dtg penang nnt, sure saya ajak laki saya dtg sini...dia suka tgk sejarah2 ni...

geraugebang said...

sangat kemerdekaaan punya entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger