Tuesday 2 July 2013

Pray For Adik Hasif Ammar





Adik Hasif Ammar perlukan apa yang anak-anak kita juga perlukan, iaitu kasih sayang dan penerimaan serta sedikit perhatian yang istimewa.  Ibu kepada kanak-kanak istimewa ini adalah roommate sVs semasa menuntut dulu.  Semalam sVs terima sms dari beliau, sekiranya sudi memberi sumbangan RM1 agar dapat membantunya dalam masalah kewangan.  Kenapa $1 je? Ibu tabah ini berkata, kalau 20ribu orang rakyat Malaysia dapat menderma RM1 seorang, dapatlah dia 20K, dengan izin Allah.

Sumber :  Facebook Pray For Adik Hasif Ammar. 
Pada tanggal 18 Februari 2010 lahirlah seorang anak yang cukup istimewa yang diberi nama Hasif Ammar bin Hamizan dengan berat 3.4 kg. Lahirnya anak ini terus dimasukkan ke wad NICU untuk perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital. Anak saya mengalami masalah pernafasan pada peringkat permulaanya. Hasif tidak boleh bernafas sendiri dan dperlu dibantu dengan oksigen. Selama lebih kurang 3 bulan Hasif tinggal di hospital. Doktor pakar telah mengesahkan anak saya mengalami 'lerenggomalasia' dimana bahagian tekaknya lembut dan tidak boleh menelan secara normal. Setelah M.R.I dibuat didapati antara bahagian otak kiri dan kanan anak saya tidak normal seperti kanak-kanak lain. Dari mula lahir anak saya menggunakan tiub dibahagian mulut untuk saluran minuman dan makanan.

Mengikut penerangan doktor segala perkembangan anak saya besar kemungkinan akan agak terlewat. Demi manjaga anak istimewa saya ini saya telah mengambil cuti tanpa gaji kerana menurut doktor pada peringkat permulaan anak saya memerlukan perhatian yang lebih memandangkan dia menggunakan tiub untuk menyusu sepanjang masa. Sehingga ke hari ini dia masih belum lagi pandai melakukan apa-apa aktiviti seperti kanak-kanak normal yang lain.

Disepanjang tempoh tersebut saya menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal dan dalam waktu yang sama anak saya memerlukan pemakanan dan susu yang baik untuk tumbesarannya. Saya juga terpaksa membuat pinjaman dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan ramai lagi bagi menampung keluarga. Kehidupan saya dari sehari ke sehari bertambah sulit dan hutang terlalu banyak sehingga saya tidak tahu sumber mana lagi yang perlu dicari bagi membantu dalam membesarkan anak saya ini. Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Pada tahun 2012 yang lalu doktor telah mengesyorkan untuk anak saya mengguna tiub di perut supaya memudahkan minuman dan makanan terus sampai ke perut. Setelah menggunakan tiub (button) selama 2 bulan didapati telah rosak dan perlu diganti. Pada bulan Jun yang lalu button tersebut telah saya ganti. Baru-baru ini button tersebut telah rosak semula dan perlu diganti lagi. Dugaan demi dugaan mendatang tanpa diduga. Walaubagimanapun saya tetap bersyukur serta redha di atas ujian dan dugaan yang diberi terutama sekali dengan kehadiran cahayamata istimewa dalam kehidupan saya. Namun semuanya harus diharungi walau seberatmana sekalipun ujian yang datang. Senyuman dari Hasif sudah cukup memberikan kekuatan sepenuhnya untuk mengharungi segala cabaran.

   
Untuk kisah lanjut adik Hasif Ammar sila klik  



Hari ini hari mereka, entah bila kita akan diuji...  
Moga Hasif Ammar cepat sembuh.




أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ
Artinya: Aku memohon pada Allah yang menguasai arasy agar memberi kesihatan dan kesembuhan padamu.







.


28 comments:

faraherda.razalan said...

Aduhai...Inshaa Allah! Sama2lah kita membantu.

tasekM said...

sama2 kita membantu..




salam beb.
apa khabar dirimu di sana..?


.

che mid said...

Allah.. sesak nafas membacanya. Sebaya Deeja ni.. semoga Allah beri kekuatan pada ibu ayah Hasif.

Kakzakie Purvit said...

Hiba dan dada kakak sebak membaca N3 ini. Insya-Allah moga kita diberi peluang seperti org lain utk membantunya juga. Terima kasih memperpanjangkan info ini.

Unknown said...

pasti ramai yang akan menghulurkan bantuan...Insya-Allah...

Nizam.Ariff said...

semoga dapat diringankan bebannya...
sama-samalah kita membantu...

eLL said...

insya allah
semoga dipermudahkan segala urusan keluarga adik hasif

mama irfan said...

Semoga Allah membuka pintu hati sesiapa yang membaca untuk menyumbang sambil meringankan beban keluarga hasif...

dear anies said...

mengharapkan ramai yg sudi meringankan beban...

mama sara nur @ Cik Nor said...

insyaallah... rakyat Malaysia sgt prihatin dan baik hati
Doakan semoga tercapai dan adik Hasif dpt menikmati kehidupan normal
Amin

Telor Power said...

sedih pula baca entry ni

Anonymous said...

In Shaa Allah sama2lah kita ye r

Dinas Aldi said...

In syaa Allah, pasti ada yg amat sudi membantu.

whitecappuccino said...

semoga ringan bebanan mereka...

Dr K said...

Insha Allah...kita bantu apa yg termampu...

matahati-aishahazhar said...

insya Allah...

kasihredha said...

in sha allah ...semoga dipermudahkan

gadisBunga™ said...

kite sama-sama bantu ya...

Bunda_nora said...

semoga dipermudahkan..insyaAllah..

Hanis MY said...

sedihnyaa.. sama2 bantu dan doakan kesihatan adik hasif ammar

geraugebang said...

moga Allah memberi kesabaran kepada saudara kita ini...insyaallah ganjaran yang besar menanti beliau...Sesungguhunya janji Allah itu pasti...moga bantuan kita yang sedikit ini diterima Allah

Yong Is My Name said...

Dengan IziNya

Salam Ramadhan SvS disana

kyo_9 said...

may God bless this kid's soul~

Anonymous said...

sama2lah kita bantu apa yg termampu yer

NM02 said...

mari hulurkan bantuan, ringankan beban. moga bantuan yang dihulurkan sempenan bulan yang penuh mulia ini, Allah turunkan pahala berlipat kali ganda buat kita. in shaa Allah

fairus said...

SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU.. KALAU TAK MAMPU DARI KEWANGAN, BERDOA PUN SUDAH CUKUP BAIK..

dwatyKNY said...

semoga ALLAH melindungi anak kecil ini... dan semoga kedua org tuanya tabah dlm membesarkannya...

Unknown said...

amin.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger