Perginya dah lama tapi macam baru semalam jelajah ke 3 negeri yang terkenal
dengan budu, keropok lekor dan ikan patin masak tempoyak.
Masa memula beritahu nak drive ke sana ingatkan tak ada sesiapa nak ikut,
dengan budu, keropok lekor dan ikan patin masak tempoyak.
Masa memula beritahu nak drive ke sana ingatkan tak ada sesiapa nak ikut,
rupanya ramai pulak nak mengekor.
Maka berkonvoi la kami adik-beradik seawal 6pagi bermula di Tol Gombak.
Maka berkonvoi la kami adik-beradik seawal 6pagi bermula di Tol Gombak.
Siapa lambat tinggal!
Sarapan di Raub dan tiba di Kota Bharu dalam pukul 2.30pm dan terus ke Restoran Nasi Ulam Cikgu
untuk makan tengahari. Lokasinya terletak berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra
iaitu di dalam kawasan Kampung Kraftangan.
Puan Sri..
Malangnya hidangan yang sempat snap cuma ni je sebab semuanya kelaparan.
Sambal belacan + budu + tempoyak + mangga = TERBAIK!
Selesai santapan fizikal & rohani, terus ke Pasar Siti Khadijah untuk santapan duniawi pulak.
First time sVs ke sini.. teruja!
Mokcik jurujual tu kata, ni tudung ICT...
Lepas lenguh tangan & merah jari menjinjing bag plastik hitam hasil tangkapan 2jam setengah,
kita orang teruskan perjalanan utk check in homestay. Sebelum tu singgah dulu kedai untuk
membasahkan tekak setelah penat aktiviti tawar-menawar di Pasar Siti Khadijah tadi.
Bayangkan kacukan Jawa Belanda kecek Kelate.... haru!
Inilah tempat sVs 4 keluarga menginap selama 2 malam. Sangat selesa dan memuaskan.
Lepas mandi-manda, basuh baju dan tidur sekejap bagi 'mengecas bateri',
kita orang makan malam di Wakaf Che Yeh.
Pergh! Ada pasar malam la... terbaik!
Lepas mandi-manda, basuh baju dan tidur sekejap bagi 'mengecas bateri',
kita orang makan malam di Wakaf Che Yeh.
Pergh! Ada pasar malam la... terbaik!
Assalamualaikum & Good Morning Kota Bharu :)
Masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang kerbau, menguak...
masuk kandang rimau, mengucap.
Tapi bila kita masuk negeri Kelantan, kenalah makan nasi berlauk pepagi hari.
Terjumpa gerai jual nasi kerabu, nasi dagang, nasi putih lauk ayam goreng &
ayam pedas, laksam, kuih lompat tikam, apam, pulut panggang/pulut lepa dll.
Sate & nasi impit pun ada laaa... dalam 1 bungkus ada 4 cucuk.
Suka mokcik tu, boleh tutup gerai awal sebab kita orang borong hampir semua dengan harga $32
untuk 18 orang makan. Murah ke mahal?
Terus ke Rantau Panjang untuk cuci mata. Hoyea! hoyea!
Sementara tunggu kaum ibu
berpijak di bumi yang nyata, kaum adam dinasihatkan menyejukkan diri
di
gerai berhampiran sambil menghirup barang segelas dua air milo ais...
tiga gelas pun tak pe...
Errr lagi elok kalau 1 jug.
Sesungguhnya sabar itu indah.
Lariiiiiiii...
Bersambung...
.
20 comments:
lama KY tak ke Kelantan..rindu makanan yang sedap2.
home stay sangat lah cantik..masih baru. berapa harga sewa semalam SVS..
kalau p jalan2 ni paling best adalah bab makan !!
wehh demo gi kappung kawe dok mitok izin ni... hahahahaha pehey ko dok? urut dada sendiri mintak bersabar tengok juadah kegemaran di blog ini hak hak hak. sampai sewel jadinya.
Rindu rasanya untuk berkunjung ke sana lagi...
best2 tunggu n3 akan datang, dah lama tak p pantai timur ni........
saya ni, walo bukan lahir di kelate, walo mak ore kelate, saya sendiri blom sampai tempat kraftangan tu... tak penah tau kb skang cemana, bertahun tak jejak pasar ct khadijah. wah... skang dah cantek pasar tu. amboi... ada tudung ict lagik. menarik sangat ni.
akak, nnt share pasal homestay tu ye.
kalau ke Pasar Khadijah, mmg syok tengok org berjual. Makanan pulak (kat tingkat bwh) warna warni!
Nampak menarik homestay tu, boleh jadi calon ni...ada family yg ajak jln2 Kelantan cuti sekolah nanti.
restoren nasik ulam tu memang wajib terjah..puashati btol mkn kat sana..murah gilerr..ikan keli dia besoorr sgt!
arghhhhhhh rindu kelantannnnn
kawe tumpang lalu sini semeta deh... hihihi
tak ingat la kakyon sbb dah lama...
cuba refer sini http://wannurguesthouse.blogspot.com/2012
Jom!
Kakcik drive
nanti kito g duo deh
makey budu sedak sini nih... muroh pun muroh
uje mas ngri oghe uje btu ngri dri...... ok, tak de kaitan, hahaha
homestay tu boleh refer sini.. http://wannurguesthouse.blogspot.com
molek belako
rindu makey nasik denge sos ike bilih... kenye tok braso, arghhhhhhh
Assalamualaikum SvS..rindu lama tak baca celoteh awok.
Che Mid nak menjemput SvS hadir di majlis walimah anakanda Farhan pada 1/11 di Taman Dato Bandar Meru, Klang. Mohon sangat-sangat hubungi atau sms ke 013-3672459 untuk bagi full address. Pleaseeee!!
Masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang kerbau, menguak...
masuk kandang rimau, mengucap.
hahahahaa!!! terbaik!!!
saya pun 1st time wak trip cuti2 ke kelantan walopon org klantan. tp versi kelantan murtad. huhuuu...
see you there, InShaa Allah :)
Post a Comment