Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Happy Birthday Firmansyah...


Moga menjadi anak yang soleh, 
 cemerlang, 
lembut hati, 
rajin belajar, 
rajin solat &
bahagia di dunia dan akhirat...  
Amin Ya Rabbal 'Alamin



Seawal 1hb Julai, Firmansyah dah start countdown harijadi dia yg ke 7 tahun semalam (28hb) dengan harapan Abg Taf beri hadiah Ice Watch & sebiji kek.  Hasil kiraan tanpa jemu selama hampir sebulan plus rengekan hadiah, akhirnya berhasil. Bermoreh le sVs sekeluarga dengan kek birthday Firmansyah semalam.







Moral of the story :
perlu merengek utk dapatkan koleksi Pandora utk raya ni... Yes!!










.

Thursday, 6 June 2013

Dia Datang


 6 Jun datang lagi,







sesungguhnya saat itu semakin hampir....










.

Friday, 31 May 2013

Happy Birthday Abg Taf


Semalam, 30hb Mei 2013...


Moga hidup kita semua sentiasa dalam redha Allah... Amin. 
  
Orang lain kalau ahli keluarga sambut birthday, tentu merancang makan di favorite restaurant atau berusaha masak masakan terbaik utk yg tersayang.  sVs selamba je buat pizza tak cukup bahan.  Putuskan capsicum pun pakai puntal dgn jari je.... Nasib baik tak potong frankfurter guna gigi kapak.

Huh, dasar bini pemalas.









.

Thursday, 2 May 2013

Happy Birthday Faiz


 Selamat ulang tahun Muhammad Faizuddin yang ke 13 semalam (1Mei)
Tolonglah kurangkan sikit perangai yang suka menyakat adik-adik tu ya...



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jadikanlah anak-anakku insan yang Engkau sayangi dan kasihi.   
Kau peliharalah akidah mereka, iman mereka serta keperibadian mereka walau dimana mereka berada. 
Kau permudahkanlah perjalanan hidup mereka, jadikanlah mereka hamba yang sentiasa mengingati Mu,  
menegakkan agama MU, meninggalkan segala yang Engkau larang dan tidak pernah bosan untuk melakukan suruhan Mu wahai Allah.

Ya Allah, letaklah mereka antara hamba yg akan mewarisi Syurga FirdausMu.
Sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. 
Amin Ya Rabbal Alamin







.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger