Friday, 6 January 2012
Thursday, 5 January 2012
Langkawi 2011 Day 2-MIEC

Org lain dah cerita pasal tahun baru, tapi kat sini masih cerita ttg LIMA tak abis2.. tak paksa sapa2 baca nye pun, tapi tq pd yg sudi.. cuma catatan utk simpan kenangan b'sama keluarga yg kucintai
Lepas lunch, terus ke Aerospace Exhibition dkt MIEC-Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (sebelah airport Langkawi), Alhamdulillah, jalan belum jam & parking masih banyak. Bayaran masuk $10 bagi pelawat kecuali kanak2 bawah15, warga emas & OKU bagi menyaksikan pertunjukan udara & menaiki serta mendampingi juruterbang pesawat statik dgn lebih dekat, mungkin juga bagi sikit inspirasi pd anak2 dlm bidang yg berkaitan dgn aeronautik. Layan je le ...
Bersama juruterbang pesawat MiG-29N Smokey Bandit Squadron 17..
Di ruang pameran MIEC, sebanyak 403 syarikat pertahanan
dari 35 buah negara telah menyertainya.
Memcuba senjata sebenar – M04 yg beratnya 3kg+, mmg berat!
really love this.. cool babe!!
.
.
Wednesday, 28 December 2011
Langkawi 2011 Day 2 - Awana Porto Malai
Hari kedua tak sabo-sabo nak nengok demonstrasi khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang dibuat dkt Jeti Awana Porto Malai
Oh! I'm impressed..
(tanpa sedar, air mata jatuh berlinangan, oh.... )
Eerr... korang ada? hehehe
My Heroes - kalau tang posing, serahkan pd dia org...
Posing maut sama Master Chef Malaysia TLDM...
Sejak bila la anak beranak ni senyap2 masuk Unit Khas APMM...
patut la dkt rumah asyik nak menembak je kejenya... huhuhu
Lepas sarat bag sack dgn cenderahati yg kita org dapat dkt pameran ni (balik KL bole jual) terus ke 'Boat Showcase', kena jalan sikit la sbb kapal laut kan takleh berlabuh dkt air cetek. Walaupun cuaca agak panas terik, tapi tak terasa pun sbb angin kat sini kuat sangat, best!.. hati2 pd sesapa yg pakai rambut palsu. Kalau jemur tilam, gebor, kapet raya, ikan masin, kasut sekolah bata, confirm cepat kering.....
Boat show start 11.45am - Demonstrasi khas maritim lebih kurangg 45 minit mempamirkan gabungan pergerakan dari darat, udara & laut oleh agensi kerajaan dan swasta. Antaranya operasi membentras penyeludupan di perairan negara, demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia dgn kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah.
Teruja sesangat! tetiba terasa bersemangat nak isi borang jawatan kosong TLDM, dapat jadi kapten pon ok la...
submarine! submarine!!!
(sejujur-jujurnya Awek Cun mereka amat teruja...)
Boat show start 11.45am - Demonstrasi khas maritim lebih kurangg 45 minit mempamirkan gabungan pergerakan dari darat, udara & laut oleh agensi kerajaan dan swasta. Antaranya operasi membentras penyeludupan di perairan negara, demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia dgn kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah.
Operasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Teruja sesangat! tetiba terasa bersemangat nak isi borang jawatan kosong TLDM, dapat jadi kapten pon ok la...
Letihnya nak mengabiskan entry LIMA, ni baru hari kedua sessi pagi, belum lagi yg petangnya dkt Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri... :(
.
Wednesday, 21 December 2011
Langkawi 2011 Day 1 - Pearl Harbor
.
The Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) Exhibition a must event for our family every 2 years and Abang Taf selalu ingatkan, "..a well-prepared traveler is sure to have a good vacation.." Jadi, persediaan dr segi penginapan hotel, flight & kereta sewa semuanya dah sattle since July bg mengelakkan perkara tak diingini di saat2 akhir. Tapi rasanya LIMA 2009 lagi bes, ada Red Arrow, RAAF F111 yg keluor api dr montot dia & heli AH64 Apache... LIMA 2013 nnti event ni buat bulan Mac pulak sbb mengambil kira faktor cuaca & perayaan Hari Natal.
Flight KL-LGK 9 Dis, 7pagi, tiba je terus dapat kereta sewa (Viva $80 sehari) just nice utk 5 beranak yg comel2 saiznya. Breakfast dkt Gerai Pak Hassan, order roti canai cetoet 8 keping & dapat kalander lumba kuda HIG free! Pi cuci mata dkt pekan Kuah kejap & lepas solat jumaat, rehat dlm bilik sat. Pukul 3 pi Pearl Harbor and on the way ke sana sempat tengok air show kat tepi jalan.
Pearl Harbor, Pantai Kok Langkawi
Lepas berangan dkt Pearl Harbor, terus ke gerai Hafiz, dkt area Pantai Kok jugak.. Tempat minum petang 'wajib' kalau pi Langkawi.
2 thumbs up utk semua menu kat atas, kategori gerai van bergerak...
Sebelum balik bilik, pi borong coklat siap-siap dkt kedai Hj Isamail Group (HIG) dan terus sumbat dalam fridge & dapat lagi 2 kalander free.
Kenapa ek, kalau pi Langkawi, mesti org kirim Coklat Daim Zainuddin. 2009 dulu, coklat ni harganya $16.90, tapi hari tu cuma $12.90 je!! Histeria!! (sila tekan butang LIKE )
Utk makluman semua, coklat di atas adalah atas kiriman org ramai. Kita org cuma beli sikit je, nnti gigi rosak hehehe.... Betul!
.
Thursday, 15 December 2011
Virus!!!...
.
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Semalam KhaiRin komen dlm previous entry that my blog has been infected with a virus. Tima kasih byk2 ya.. tapi yg peliknya Awek Cun tak sedar apa2 pun sbb bole bukak blog mcm biasa je tanpa sembarang amaran... confuse gak. Memula tu mmg le panik, mcm ibu kucing lalui pengalaman pertama nak melahirkan anak, tak senang duduk dibuatnya. Cari blog sana-sini camana nak bunuh tetamu tak diundang ni... Antaranya Amry's Blog , Dilazfamily. Anamarza dll. Malam tadi tido pun siap terbawak2 dlm mimpi sampai virus tu dah menular pd Awek Cun & menyebabkan gatal2 1 badan.... over kan!
Memula removed almost all new widget frm my blog yg kononnya dpt m'cantik'n blog tapi sebaliknya yg jadi. Pas tu start scan by using SINI dan SINUN.
Mintak tolong sesangat from you guys, kalau singgah my blog please let me know if the virus still appear & I will do the same for you. TQVM. Nnti saya buatkan kap kek sorang sebijik...
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































