Tuesday, 20 May 2014

Centella Asiatica Janda Baik, Pahang (Part 2)


  Dah pagi...
Ikutkan hati memang nak mengerekot lama dalam selimut... sejuk wooo. 
Kalau le bebudak conteng periuk sVs macam ni, lama dah ku titik tangan tu... tapi yang ni nampak 'Hhmmmm'... suka

Nampak tak mist dekat permukaan tasik tu? 
Walaupun resort ni tak terletak di puncak bukit, waterbody yang luas ni la antara penyebab suhu malamnya sangat sejuk. 
Jom kita sedut udara nyaman di Janda Baik. Tarik nafas dalam-dalam.... tahan sekejap... ok, esok baru hembus

Breakfast ke Cik Put?


 
Banglo 3 bilik dengan senibina rumah tradisional Kelantan yang sarat dengan motif ukiran awan larat.  
Cantik.

Tempat yang sangat sesuai untuk berangan...

Jom kita skodeng apa pokok yang ada di sekitar kawasan ni sementara tunggu breakfast siap.

 Yang dalam pasu tu la Centella Asiatica aka Pegaga.

 Thunbergia erecta

 Allamanda blanchetti
Euphorbia milii - Crown Of Thorns

Hymenocallis littoralis - Spider lily
 
 Bougainvillea Mrs Eva,  glabra cultivar & glabra 'Magnifica' - Bunga Kertas

 Heliconia rostrata
 
  Etlingera elatior red flower - Torch Ginger / Bunga Kantan
 
 Heliconia lingulata

 Costus speciosus (Red Stem)

 Acalypha hispida - Ekor Kucing 
 
 Hibiscus rosa sinensis - Bunga Raya

Ixeris chinensis (agaknya la...)

Tempat yang banyak pokok-pokok macam ni la yang Atok Bak suka, 
bagus untuk terapi minda.  Tapi rasanya kalau pergi shopping lagi best la...

Eh, pokok buah-buahan pun ada...



Nama saya Comel... awak?


 belakang sikit...  belakang sikit... lagi... lagi... lagi sikit..... GEDEBUSH!!

Yusrinaaa!! mana boleh petik!
Hoyea! Hoyea!  Breakfast dah siap!
Jom kita tengok apa yang dia orang masak....  kata Atuk Bak.

 ada pulut inti

ada nasi lemak & mee goreng


 sambal tumis ikan bilis
roti bakar

 berlakon memang no1

 Belah kiri tu daging bbq yang tak sempat nak bakar semalam.  Hiris nipis-nipis & goreng.  
Kesedapannya hingga menjilat sudip senduk serta kuali.


Lepas perut kenyang, ingat nak mandi sungai.. tapi ada family dari group lain pulak dekat situ. Segan. 
So kita orang semua pi main sampan & rakit dekat tasik. 
Tapi sebelum tu nak letak gambar telematch semalam yang tertinggal.



Seperti biasa, Abid akan jadi pemerhati..

Keadaan sebelum & selepas kejadian sampan terbalik.. tolong! tolong!
 
 
Berakit tanpa rakit.... anda mampu?
 rakit terbalik! Help! help!



Seronok sangat masa ni. Terima kasih Allah.


Mak Su yang banyak membantu dalam setiap percutian keluarga. TQVM :)

 Tema tahun ni adalah katak pisang iaitu HIJAU.


Sebelum balik kita tembak sedas dua buat kenang-kenangan.
 Peeewit...




1.... 2.... 3....
 Lompat!

Siapa rasa tuan punya blog ni comel?  Angkat tangan cepat!
Saya! saya! saya!!!


Ooooo.. Atuk Bak tak nak angkat tangan ya...






Centella Asiatica Resort TERBAIK!






Terima kasih atas segala nikmat dan rahmatMu Ya Allah.






.

Wednesday, 14 May 2014

Centella Asiatica Janda Baik, Pahang (Part 1)



Centella Asiatica  menjadi destinasi pilihan di Janda Baik, Pahang selepas 
 
Sementara tunggu nak check-in, singgah dulu Rumah Bonda untuk main air dan makan tengahari.  
sVs sewa gazebo hujung kiri tu dan 1 pondok supaya senang nak solat dan tukar baju. 
Hampir 3jam melepak dkt situ... Best!

 Sambil menyelam minum air kopi panas cicah rempeyek

potluck


Model tuala wanita kanak-kanak


Pukul 3ptg, terus shoot ke sini.
Di Centella Asiatica Garden & Resort kami sewa 2 Lake View , 4 River View & 1 Cottage.  
Cottage tu ada indoor & outdoor kitchen. Senang nak main masak-masak.


 Comel je chalet dia.

River View ada 1 katil queen dan 3 katil single. 
Ada bilik air, kipas, aircond, water heater, mini freezer & cerek letrik. 
Sangat selesa.

 Lake View - 2 katil single

 Seperti biasa, petang ada telematch

 
 
 


  
 
 Habis je telematch dalam pukul 6.30pm, terus buat persediaan untuk bbq.
Kita orang je 'tawan' area ruang menonton / dewan makan ni.
Dinner start pukul 8pm.  Ada ayam, daging, frankfurter, steamboat dll.

colek - sos black pepper, sos bbq & sos yong tau foo.

 
 air teh o & kopi kaw

 
11pm dah terasa sejuk.Tidur malam sila pakai stokin, sweater & selimut ya. 
 Terjaga tengah malam gigil-gigil, gigih cek temperature dalam hp....  
18 darjah celsius!  SEJUK GILER! .
Menangis nak bangun subuh...


Bersambung...








.


Wednesday, 7 May 2014

Sedap..


 First time buat kerepek ngaku aka arrowhead chips. 
Sedap!

Buang kulit luar & hiris nipis guna pisau atau potato peeler.

Goreng guna minyak penuh sampai bertukar warna perang muda. 
Kalau goreng lama sangat nanti pahit. 

Sedap!



Tiru dari blog  My Small Kitchen . Tq Hazila :)










.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger