Sunday, 26 July 2009

Pasar Baru

Pasar Baru - destinasi wajib
Pasar Baru - Destinasi wajib yang ditunggu-tunggu.  Masa diberikan selama 3 jam dari 10:00-13:00 utk bershoping.  Terpaksa kejar masa bagi mengelakkan macet dari Bandung ke Jakarta nanti, gara2 org bijak ambik flight dkt Jakarta.  Perjalanan ke airport je dah habis 3 jam, buang masa btl! 

A 7 storey textile and garment to shop within 3hrs . Ya ampuuunn..  ramainya makhluk Tuhan!  penuh, sesak, sempit, padat, sendat, crowded, full, packed, ni hau ma, vanekem... kalau nak cari barang, kena selak orang dulu baru bole selak barang. Escalator pun entah mana2 peginya. Bayangkanle kalau b'laku kebakaran, macamana peniaga/pengunjung nak selamatkan diri... mengerikan... Tapi ini tidak melemahkan semangat para shopaholic utk terus b'juang, hehehe.  Pasar Baru ni tak berapa sesuai bawak bebudak, takut dia tak selesa... Disebabkan aura shopping datang menggunung dr dlm bas lagi, maka 1 gambar pun tak ingat nak snap... 

Most of our time (1hr 30min) was spend at kedai ....., damn, tak ingat nama kedai tu. A beautiful set of lovely embroided silk kebaya/kurung complete w' tudung, cost from Rp200,000 (RM35) je!! & i bought 10 sets.  Kalau dkt Jakel,  it will cost $150-200 dan kainnya lebih kasar you... Berbaloi-baloi... Ronda lagi and stop at one of kedai telekung. Telekung pun diletaknya nama antaranya, 'Telekung Kris Dayanti' yg sarat dgn renda & reben, dan 'Telekung Madonna'... hhmmmm, sejak bila Madonna pakai telekung??!  I bought 2 beautiful sets of it cost Rph800,000 each & 2 kemeja putih utk solat for both my parents.   Balik KL, setelah hasil rampasan diagih-agihkan sama rata, baru teringat nak snap, apa daaa... rugi! rugi!



Gambar ikhsan dari camera Amy Search, Mastura, Razif..




Hati2 dgn pencopet! Permandangan di hadapan Pasar Baru yg sesak dgn penjaja jalanan. Rimas dgn dia org ni, mengekor je montot org.. Tu baru manusia kat luar beb.. 

Apa motif Wong & pak to' nya berposing di sini?.. Mushkil, mushkil.. Adakah 1 hari nanti Wong akan memakai tudung spt yg dipamirkan di belakangnya?  Who knows...  atau adakah pak to' nya juga akan menggayakan apa yg terpamir ??! Oh, tidaaaaaaakk!!!....
 


Org gi Pasar Baru pi borong kain ela, baju, kasut, bag, jeans, jaket  bla bla bla..  Loving couple ni pi beli  roti  je!!!  Dkt Fajar pun ada jual moi..  Dia bawak RM200 pun tak luak pakai, siap offer lagi sapa nak pinjam $ dari dia... hehehe

Pukul 1.30 b'tolak ke Soekarno Hatta Airport, Jakarta & rasa perjalanan bas ni agak lambat disebabkan muatan berlebihan.. ahaks.. Flight pukul 8.30mlm jadi kena ada di sana awal bagi mengelakkan macet di tgh jalan.  Perjalanan yg mengambil masa 3 1/2 jam digunakan sepenuhnya utk mengecas semula tenaga setelah digunakan secara berlebihan. Cuba bayangkan kalau ambik flight dkt Bandung je.........................  Masa tambahan 3 1/2 jam tadi dpt dimanafaatkan dgn jayanya di  Pasar Baru................. tak gitu.....





No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...