Monday, 27 February 2012

Rumah Ku Syurga Ku...



Macam 1 'pesta' dkt kawasan perumahan ni.. masing2 'berlawan-lawan' ubahsuai rumah.  Cuba bayangkan.... deret depan 4 buah renovate sekali gus, betul-betul belakang rumah pun sama...  dan baru masuk 1 minggu ni, jiran kiri kanan pulak!!! 

Wa tension beb!
  TENSIOOOOOOOONNN!!!!

Bila weekdays tak terasa sangat sbb pagi-pagi dah gi keje, masuk hari sabtu ahad, macam-macam bunyi keluar.. tukul, pahat, drill, dinding runtuh, hoist, konkrit mixer, mesin potong kayu, jubin, besi, mesin polish lantai.... ggggrrrrrrrr.  Tu tak termasuk bunyi washing machine jiran yg dah nazak.. rasa mcm nak lari laju-laju pi window shopping!  Masing2 bercakap  pun dah terjerit2 mcm org pekak.  Kalau tengok TV, volume paling maksimum la jawabnya.  Stress sesangat! stress! 

Firmansyah  :  Mama, kenapa semua jiran kita buat rumah baru?

AwekCun    :  Dia org nak besarkan rumah biar lagi cantik..

Firmansyah  :  Mama tak nak besarkan rumah ke?

AwekCun    :  ...hmmmm, nak jugak, cuma $ je yg tak berapa nak besar ..

Firmansyah  :  Oooo.. mama tak de $, pakai la duit Fiman dalam tabung...

AwekCun    :  baiknya anak mama ni.. (oh, jawapan kau menambahkan stress nak ooiii...)



Eeerrr.... tak de ke sesapa yg berhati mulia nak sponsor pakej percutian ke pulau-pulau berdekatan? 



Nota ketiak : 
Ukur baju di badan sendiri & hidup biar besederhana.







.

Monday, 20 February 2012

Nasi Ambeng & Pecal...



Setelah kejadian biru mata hitamku, tibalah masa utk berpijak di bumi nyata dan kembali ke akar umbi.  Jgn jadi macam ulat yg tidak kenangkan daun atau lupa kacang akan kulitnya...  Jom layan nasi ambeng & pecel dr pasar malam Simpang Ijok, Kuala Selangor.

 Bungkus nasi tu nampak mcm kecik je, sekali bukak.... melambak! bole makan 3 org..

Marvelous I tell you...

Hidup JaWORLD!



.

Monday, 13 February 2012

Gila Kentang...



Sekali-sekala tekak jawa ni teringin gak nak makan ala2 barat..  asyik telan tempe, pecel, ayam penyet, kencur ikan keli, ungkep ayam, gado-gado, dendeng dan nasi ambeng tak leh jugak.  Rupa pun dah seakan-akan si Abon vs Ruminah Sidek.  Apa salahnya sekali-sekala pekena fettucini alfredo, Italian lasagna, rib eye steak dengan pomegranate glaze atau Wagyu sirloin steak kan, kan....  Jom layan gila kentang...

Potato Pocket - tuna,corn & cheese
(Firmansyah favorite)

 Grilled Potato Pocket - egg mayo, wedges & baby carrots.
(Faiz choice)
  
Grilled Honey Chicken, Coleslaw & crinkle cut fries
(Hazim favourite)

Resepi?.. Main belasah je, janji sedap...


Tetiba..... biru mata hitamku





 .

Thursday, 9 February 2012

Ubi Kayu...




UBI MUDA JANGAN DICABUT,
TAKUT NANTI HILANG BUAHNYA,
BUDI JANGAN DISEBUT-SEBUT;
TAKUT NANTI HILANG TUAHNYA.

UBI KAYU DI PENGAT DI TALAM,
DI REBUS DI GORENG TERASA KERAS,
KALAU BUDI SUDAH DITANAM;
JANGAN SESEKALI MINTA DIBALAS.



ADA UBI ADA BATAS,
ADA HARI BOLEH KU BALAS,
APA YANG NAK DIRISAUKAN;
SUDAH NASIB BADAN...


HIDUP KAYU BIAR BERBUAH,  
HIDUP UBI BIAR BERISI.

.

Thursday, 2 February 2012

Melentur Buluh...


 
Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya,
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit 
dan
Little drops of water, little grains of sand; make the mighty ocean, and the pleasant land.



 
Hasil simpanan drp. pelbagai sumber spt $ Raya 2011, hadiah harijadi, kunjungan saudara, bantuan $100 pd pelajar sekolah, lebihan $ pasar, baki belanja sekolah setiap hari, jumpa bawah karpet dll... tu belum lagi $ insuran & simpanan wajib 'rela dalam paksaan' setiap bulan dlm ASD bebudak ni... tak pe, for your own future kids.... sob sob sob

Firmansyah  :  Kenapa tabung kita semua dah kosong mama?
Awek Cun   :  Abah dah simpan dlm bank pagi tadi...
Firmansyah  :  Bank abah ke bank mama?
Awek Cun   :  Bank korang semua laaa...
Firmansyah  :  Bila Fiman boleh keluarkan $ tu?
Awek Cun   :  Bila nak masuk Universiti nnti baru boleh keluar ok...
Firmansyah  :  Lepas masuk Universiti, Fiman boleh kawin tak mama? Tiap-tiap hari Siti ajak Fiman kawin...
Awek Cun   :   ......... (sentap mak)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger