Tuesday, 20 April 2010

Ayam Percik Kelantan VS Johor

Gara-gara tengok JJCM ahad lepas, kecoq ayaq lioq tengok anak Chef 1 makan ayam percik kelantan yg kuah putih. Sedap siot tengok dia koyakkan daging ayam bakar pas tu cecah dkt kuah putih pedas + manis tu! Serta merta ajak abah gi beli halia, serai &  santan sambil menjejes2 air liur masa pilih peha ayam. Tu baru pegang ayam mentah, belum proses memasak lagi.. maunya penuh periuk dgn enzym ptyalin, ion tiosianat & proteolitik gara2 ngences secara berlebihan...

Ni le resepi Ayam Percik Main Belasah je Kelantan VS Johor.
Tumbuk apa yg patut, masukkan semua dlm periuk (kecuali ayam) & masak atas api sampai pekat - sejukkan. Pas tu gaul ngan ayam & bakar. Sekali-sekala letak kuah tu lagi.  Bila ayam dah masak, angkat & curah 'belen' kuah tadi dan jgn lupa sesi photo shoot... (faiz mesti sebut: "..kita dah agak dah, mama mesti ambik gambo..") hehehe.



Question : Kenapa Kelantan VS Johor?

Answer  : Sebab kuah percik kelantan warna putih & agak manis sikit manakala org yg memasaknya berasal dari Johor yg berkulit agak putih & memang manis rupanya.. hehehe lariiiiiiiiii..





No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...