Wednesday, 28 December 2011

Langkawi 2011 Day 2 - Awana Porto Malai


Hari kedua tak sabo-sabo nak nengok demonstrasi khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang dibuat dkt Jeti Awana Porto Malai Ali, sebelum tu layan dulu  booth pameran yg disediakan...

 Oh! I'm impressed..
(tanpa sedar, air mata jatuh berlinangan, oh.... )
Eerr...  korang ada? hehehe

  My Heroes - kalau tang posing, serahkan pd dia org...

 Posing maut sama Master Chef Malaysia TLDM...

 Sejak bila la anak beranak ni senyap2 masuk Unit Khas APMM... 
patut la dkt rumah asyik nak menembak je kejenya... huhuhu

   

Lepas sarat bag sack  dgn cenderahati yg kita org dapat dkt pameran ni (balik KL bole jual) terus ke 'Boat Showcase', kena jalan sikit la sbb kapal laut kan takleh berlabuh dkt air cetek. Walaupun cuaca agak panas terik, tapi tak terasa pun sbb angin kat sini kuat sangat, best!..  hati2 pd sesapa yg pakai rambut palsu.  Kalau jemur tilam, gebor, kapet raya, ikan masin, kasut sekolah bata, confirm cepat kering.....

 submarine! submarine!!! 
(sejujur-jujurnya Awek Cun mereka amat teruja...)





Boat show start 11.45am -  Demonstrasi khas maritim lebih kurangg 45 minit mempamirkan gabungan pergerakan dari darat, udara & laut oleh agensi kerajaan dan swasta.  Antaranya operasi membentras penyeludupan di perairan negara, demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia  dgn kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah. 



Operasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 
menawan lanun dalam usaha rampasan kapal mewah.


Teruja sesangat!  tetiba terasa bersemangat nak isi borang jawatan kosong TLDM, dapat jadi kapten pon ok la...


Letihnya nak mengabiskan entry LIMA, ni baru hari kedua sessi pagi, belum lagi yg petangnya dkt Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri...  :(


     
.

Wednesday, 21 December 2011

Langkawi 2011 Day 1 - Pearl Harbor

.
The Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) Exhibition a must event for our family every 2 years and Abang Taf selalu ingatkan, "..a well-prepared traveler is sure to have a good vacation.." Jadi, persediaan dr segi penginapan hotel, flight & kereta sewa semuanya dah sattle since July bg mengelakkan perkara tak diingini di saat2 akhir.  Tapi rasanya LIMA 2009 lagi bes,  ada Red Arrow, RAAF F111 yg keluor api dr montot dia & heli AH64 Apache...  LIMA 2013 nnti event ni buat bulan Mac pulak sbb mengambil kira faktor cuaca & perayaan Hari Natal. 


Flight KL-LGK 9 Dis, 7pagi, tiba je terus dapat kereta sewa (Viva $80 sehari) just nice utk 5 beranak yg comel2 saiznya.  Breakfast dkt Gerai Pak Hassan, order roti canai cetoet 8 keping & dapat kalander lumba kuda HIG free!  Pi cuci mata dkt pekan Kuah kejap & lepas solat jumaat, rehat dlm bilik sat. Pukul 3 pi Pearl Harbor and on the way ke sana  sempat tengok air show kat tepi jalan. 

Pearl Harbor, Pantai Kok Langkawi

 
Lepas berangan dkt Pearl Harbor, terus ke gerai Hafiz, dkt area Pantai Kok jugak.. Tempat minum petang 'wajib' kalau pi Langkawi.


2 thumbs up utk semua menu kat atas, kategori gerai van bergerak...


Sebelum balik bilik, pi borong coklat siap-siap dkt kedai Hj Isamail Group (HIG) dan terus sumbat dalam fridge & dapat lagi 2 kalander free.

Kenapa ek, kalau pi Langkawi, mesti org kirim Coklat Daim Zainuddin. 2009 dulu, coklat ni harganya $16.90, tapi hari tu cuma $12.90 je!! Histeria!! (sila tekan butang LIKE )
 Utk makluman semua, coklat di atas adalah atas kiriman org ramai. Kita org cuma beli sikit je, nnti gigi rosak hehehe....  Betul!
  .

Thursday, 15 December 2011

Virus!!!...

.
Assalamualaikum...
Semalam KhaiRin komen dlm previous entry that my blog has been infected with a virus.  Tima kasih byk2 ya.. tapi yg peliknya Awek Cun tak sedar apa2 pun sbb bole bukak blog mcm biasa je tanpa sembarang amaran... confuse gak.  Memula tu mmg le panik, mcm ibu kucing lalui pengalaman pertama nak melahirkan anak, tak senang duduk dibuatnya.  Cari blog sana-sini camana nak bunuh tetamu tak diundang ni... Antaranya Amry's BlogDilazfamilyAnamarza dll.  Malam tadi tido pun siap terbawak2 dlm mimpi sampai virus tu dah menular pd Awek Cun & menyebabkan gatal2 1 badan.... over kan! 

Memula removed almost all new widget frm my blog yg kononnya dpt m'cantik'n blog tapi sebaliknya yg jadi. Pas tu start scan by using SINI dan SINUN.
 

Mintak tolong sesangat from you guys, kalau singgah my blog please let me know if the virus still appear & I will do the same for you. TQVM.  Nnti saya buatkan kap kek sorang sebijik... 



.

Thursday, 8 December 2011

Bercanda di Pantai...

Sekarang ni sedang 'enak' berehat di pantai... pantai yg anginnya telah bertukar kpd ekon, pasir putihnya diganti dgn  kain putih & pengunjungnya tidak berbikini.. tapi lesu berbaju tebal berstokin. Ya, saya sedang bercanda di pantai,......  Pantai Hospital, gara-gara hilang deria rasa & bau selama 2minggu. 
  

Rupa-rupanya ada jangkitan kuman pd sinus & belakang gegendang telinga disebabkan selsema & batuk yg agak teruk...  Tengahari tadi discharge & masih ada followup & bila tengok je bil spital, fengsan! Prevention is better than cure.  Tapi skrg Alhamdulillah, rasa bersyukur dapat hidu semula bantal busuk anak & barulah terasa betapa sedapnya air masak itu... 



Tuesday, 6 December 2011

Serupa Tapi Tak Sama...

.


Mereka ni semua adik beradik kembar, beli di Parit Raja, Batu Pahat Johor. Harga antara $2.50 - $3.50 je 1 bungkus yg bole dikongsi 2 orang sbb banyak giler!  Disebabkan kami ramai & tak pernah jumpa harga secantik & rasa sesedap tu di KL, tetiba je muncul perasaan tamak haloba yg melampau-lampau. Pepatah orang tamak selalu rugi akan diganti pd Orang Tamak Selalu Kenyang... bole? hehehe.  Burrrpp, Syukur Alhamdulillah...


.

Thursday, 1 December 2011

Sakit Adalah Rahmat...

.

demam selsema on & off
dah masuk seminggu
hidung tersumbat
O2 & CO2 tersekat-sekat
melalui suku lubang idong
nafas lalu mulut yg comel
tido mulut nganga (ttp comel)
batuk-batuk & terus batuk
bersin-bersin
berhamburanlah cairan bening 
pening kepala
hidung merah badut
pendengaran terhad
berkodi2 telan ubat
mood shoping

 mood masak
 
mood holiday

hilang..
bak tak berperasaan

telan subway yg lazat 
rasa mcm kunyah kertas kajang

makan keni rojes
bak honges tilam springfoam

masak lomak cili padi daging salai
hanya pijo di hujung lidah 

capucino panas di renyai petang
cuma hangat lalu di tekak

tumis nasi goreng belacan lebih,
ikan perkasam, durian musang king,
aroma DKNY, cecair dynamo, stokin anak, 
kentot, telo tembelang, taik kucing jiran...

deria dengar, rasa & bau 'blackout'
hilang seketika nikmat dunia... 
bila diuji begini
baru terasa betapa pentingnya
waktu SIHATmu sebelum datang waktu SAKITmu
tu baru sikit yg Allah tarik...
sabarlah
jangan mengeluh

itu maknanya dosa-dosa kecil sedang luruh
mengingatkan hambanya jgn terlalu leka
dgn kesenangan yg dipinjamkan sementara...



.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger