Friday, 23 March 2012

Study Hard Study Smart...


Banyak betul homework bebudak ni semalam... kalau sekolah agama ada 1, sekolah kebangsaan pulak paling kurang mesti 3.  Nak monitor sambil masak dinner mmg leceh.  Bahasa Malaysia je dr mukasurat 25 sampai 33! kalau setakat objektif tak pe la, ni siap buat karangan bagai.. tu belum masuk subject lain. Bila masa pulak Awekcun nak tengok rancangan TV Santau Merasuk  Semanis Kurma?  Biasanya pukul 10 ke atas baru dapat berlunjur depan TV... tu pun bukaan kelopak mata dah tinggal suku je .. huhuhu

Maka di waktu begini la skill 'quick, easy & tasty meal' amat diperlukan dan spt biasa resepi main belasah je menjadi pilihan.. janji perut kenyang, hati senang, homework cemerlang!












.


Wednesday, 21 March 2012

Cutie Pie...


My niece - Nur Damia Marissa is 6 month old and she weighs 8.5kg
 
 Damia... have you seen my ping-pong balls?

 Nope...



Nota ketiak :
Mothers' milk is the best medicine...







.

Monday, 19 March 2012

Alpukat aka Avocado...



Untung bila Cikgu Taska selalu bagi buah avacado bila 3 pokok luar rumah dia berbuah.  Harga dkt pasaraya lebih kurang $2.50 - $4.00 sebiji... mahal!  Kelebihan yang ada pada buah avocado saya ambil dari  sini..  Antara khasiatnya adalah:

*monounsaturated fat
-mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

*vitamin K
-penting untuk blood clotting. Dapat menguatkan tulang.

*Folate
-Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan.

*Potassium
-Penting untuk metabolisma badan. Dapat menurunkan tekanan darah. Jumlah potasium dalam avacado adalah 60% lebih dari dalam buah pisang....

*Vitamin E
-sebagai antioksidan, penting untuk menghalang protein tisu dari sebarang kerosakan yg berpunca dari radikal bebas. Penting untuk membina sel darah merah.

*Lutein
-Juga antioksidan yang penting untuk mata dan kulit.

*Magnesium
-Penting untuk otot

*Vitamin C
-Juga antooksidant, penting untuk menghalang kerosakan dari radikal bebas, baik untuk tisu kulit dan sel.

*Vitamin B6
-membantu sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi
 
Kulitnya halus, mulus dan licin
 korek isi, campur susu & sikit gula - blend
picitkan sirap coklat Hershey's pd gelas (ada iras-iras lintah nak keluar dr gelas tak?)
tuangkan jus alpukat & tambah ais. Siap.
Disebabkan sambutan yg agak hangit dan rasanya agak 'pelik' pd tekak budak-budak ni... maka ianya telah ditransformasikan kepada aiskrim Malaysia.  Seperti yg dijangka, tetap tiada sambutan .... Wwwaaaaaaaa!!!



Nota ketiak :
Yang berkhasiat biasanya tak sedap, yang sedap biasanya mudarat...





.

Thursday, 15 March 2012

Lambaian Kaabah...


Bersawang tebal blog ni sbb lama sangat tak update,  waduh... gue buzy banget! masa time cuti sekolah ni la kerja ofis melambak2 & semuanya nak urgent...  benci! benci! (sambil hentak kaki kuat-kuat sampai bergegar lantai seiring dgn getaran ofis sebelah yg tgh buat renovation....)  Apa?! renovation lagi?? Aaarrrgggghhhhh!!!!  Terus google pulau peranginan yg belum diterjah...  Pulau Nami-Korea, Pulau Rangali-Maldives, Pulau Cocos-Australia, Pulau Carey... Yes! dah jumpa... Pulau Pandan jauh ke tengah, confirm tak de bunyi drill.


Bulan 11 tahun lepas, kerajaan negeri tlh buka akaun Kelab Taha Tabung Haji utk pelajar sekolah rendah/menengah dan secara automatiknya Faiz & Hazim terlibat sama.  Minggu lepas Abg Taf buka akaun utk Firmansyah pulak sebagai persiapan berjimat cermat selain persediaan awal kepada penabung untuk menunaikan fardu haji ke Makkah pada masa hadapan, Insyallah. Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.



Nota ketiak : Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara...




P/s... sorry pd mereka2 yg rajin terjah sini walaupun tak ber update 2 minggu.
(Hei Awekcun! ko jgn perasan la ada org yg nak baca blog ko... peeeeerah...)



.

Wednesday, 7 March 2012

Secret Admirer...


Firmansyah :  Mama! mama!! (excited giler)

AwekCun   :  Yo! what's up bro? (cool ha...)

Firmansyah :  Ada budak baru dekat kelas Fiman... nama dia Nurul Haina.

AwekCun   :  Ok...

Firmansyah :  Dia tulis no telefon dia dkt pencil color kita. Bole tak kalau Fiman call dia?

AwekCun   :  Nak cakap apa?!
(spontan  kening berkerut - maka terserlahlah garis2 kerepot... cepat-cepat capai losyen anti penuaan bg mengembalikan keanjalan kulit muka....)

Firmansyah :  Fiman nak ajak datang rumah kita... boleh kenal dgn abah, dengan mama, dengan abang Faiz dengan abang Hazim.. bole tak mama?

AwekCun   :  ...... gulp.....

Firmansyah :  Mama masak la sedap2. Dia suka makan roti dengan kaya, nasi dengan sayo karet, lagiiii... ayam bakar,  errrrr... lagi... daging hitam... 

AwekCun   :  .....................
.
.
.

AbangTaf  :  Cepat!! sapa nak tengok mama pitam!!!




Nota ketiak : Mula terasa 'trill' dlm mendidik anak, penuh dgn cabaran & dugaan. Serious takut. Kekadang terfikir, ibubapa atau televisyen yg mendidik anak...



 
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger