Monday, 19 March 2012

Alpukat aka Avocado...



Untung bila Cikgu Taska selalu bagi buah avacado bila 3 pokok luar rumah dia berbuah.  Harga dkt pasaraya lebih kurang $2.50 - $4.00 sebiji... mahal!  Kelebihan yang ada pada buah avocado saya ambil dari  sini..  Antara khasiatnya adalah:

*monounsaturated fat
-mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

*vitamin K
-penting untuk blood clotting. Dapat menguatkan tulang.

*Folate
-Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan.

*Potassium
-Penting untuk metabolisma badan. Dapat menurunkan tekanan darah. Jumlah potasium dalam avacado adalah 60% lebih dari dalam buah pisang....

*Vitamin E
-sebagai antioksidan, penting untuk menghalang protein tisu dari sebarang kerosakan yg berpunca dari radikal bebas. Penting untuk membina sel darah merah.

*Lutein
-Juga antioksidan yang penting untuk mata dan kulit.

*Magnesium
-Penting untuk otot

*Vitamin C
-Juga antooksidant, penting untuk menghalang kerosakan dari radikal bebas, baik untuk tisu kulit dan sel.

*Vitamin B6
-membantu sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi
 
Kulitnya halus, mulus dan licin
 korek isi, campur susu & sikit gula - blend
picitkan sirap coklat Hershey's pd gelas (ada iras-iras lintah nak keluar dr gelas tak?)
tuangkan jus alpukat & tambah ais. Siap.
Disebabkan sambutan yg agak hangit dan rasanya agak 'pelik' pd tekak budak-budak ni... maka ianya telah ditransformasikan kepada aiskrim Malaysia.  Seperti yg dijangka, tetap tiada sambutan .... Wwwaaaaaaaa!!!



Nota ketiak :
Yang berkhasiat biasanya tak sedap, yang sedap biasanya mudarat...





.

32 comments:

matahati-aishahazhar said...

samalah.. yg berkhasiat tu mmg susah nak laris

miloaiskurangmanis said...

iols tak penah rasa lagi jus avocado ni....
teringin lahhh!~

Kakcik Seroja said...

Seperti ubat - jarang ada yang sedap kan? :)

Ros said...

Salam sudipVSsenduk,

Kak Ros dok tengok ja,tapi tak pernah makan pun buah ni....lepas ni nak try makan jugak lah,banyak khasiatnya ya.....

faraherda.razalan said...

Betul! Yg sdp tu la punca penyakit. Bahaya! Avocado nie boleh jdk pengganti butter. Spread kat roti mcm kite spread butter atas toast bread. Tinggal lalu tak lalu je lah. Heheheh!

Unknown said...

buah avocado ni memang sedap...saya pun suka.:)

lieynanilaz said...

suka dengan kenyataan nota ketiak tu!!..

Unknown said...

wah, cam tu punya menggiurkan budak2 tak nak?

kat indon glamer giler air ni kan...

SURIA AMANDA said...

den pun x leh nak tolan menda ni..pernah cuba..x bleh jugakkkkkk....

dear anies said...

tingat kt kucing makcik yg suka sesgt mkn buah ni

Unknown said...

haha nota ketiak ehh...kehkehkehh

tapi betul apa yang dikata kat nota tu...

skycruiser said...

tgk rupe mcm sedap je..

whitecappuccino said...

ermm yg sedap kadang memudaratkan..betul tu!

Cik Ina Do Do Cheng said...

yes betul tu, yang tak sedap selalunya berkhasiat, nak wat cam mana dah ramai orang suka makan yg tedap je. avaacado cik ina suka sangat, kalau cik ina kat situ ,mau buat muka tak malu minta cikit.

geraugebang said...

eeeh,beri alamat taska anak awak . kita nak pi...nak mintak buah avocado...

Telor Power said...

suka sanggat, pasal kalau ke indonesia , mmg ini lah minuman harian baik pagi ptg dan malam....sgt2 terbaek rasanya. tapi kat msia tak pernah merasa lagi.
kalau kat kampung akan ku belah 2 buah tu, letak susu pekat dan korek makan dgn sudu hahahaha

senang dan sedap

Queenie said...

jujur cakap sVSs, saya mmg peminat tegar avocado, masa bulan Ramadhan aritu boleh dikatakan dua tiga hari sekali makan avocado, pastu terperanjat bila berat badan naik 2kg! org kat tempat nak kuruskan badan tu cakap, avocado penyumbang kegemukan dan berat badan???

la ni stop dulu makan...saya suka potong cube dan wat mcm serawa tu...best!!!

ankeljonni said...

hahaha... buat eskrem pon x jln... mmg dah x bley nak buat apa lah...
hhuhuhu

kasihredha said...

kat indonesia di panggil alpukat.
mereka letak dalam cendol..es teler dan macam2 lagi.
kat indo buahnya besarrr berbanding yg dijual kat sini...harga pun murah jer.
Waktu akak kat sana, suka sgt minum jus alpukat ni.

+ e.z + said...

betol3... eB tringin nk rs yg fresh tuh. dolo ader yg bwk dtg opis.x sempat nk rs pn. hu3

WuMing said...

Banyak juga khasit dia,...

M@W@R Q@SeH said...

x pernah rasa pn..tp betul la ayt kt nota ketiak tu...hehehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Byk khasiat but tekak x leh terima
Rugi khen

Yong Is My Name said...

memang sedap buah nie buat air sejuk2..
kat sini glamour avocade in layer fruit juice.
sedap..

Mun said...

biasanya... yg xsedap ni laa byk khasiatnya.. tp... seksa nak makan... huhu

Temuk said...

Buah versatil tu! Jadikan salad atau bahan campuran cuci mulut (dessert) pun hebat. Sedap, lemak-lemak, bagi orang yang menyukainya (macam saya). Lagi sedap kalau boleh dapat percuma, sebab memang mahal harganya, terutama yang diiport dari negara orang putih.

ch000tz said...

Lerrrrr ni ke rupa avocado....

Chik Att said...

pegi indon ... ini yang di cari... jus alpokat...

Unknown said...

selamat malam kak! :)

Woofer Storm said...

sy tak pandai sngt minum jus ni,,tapi kalau free apa salahnya..ehhee


~selamat mlm sis sekeluarga..

Rina Rahamat said...

huhu dh agak dah rs dia mesti pelik HEHE

mayangbakingmadness said...

rasa dia mmg pelik.....ouchhh.... tapi kalau kat kedai tu rasa dia sedap lak plak... hai salam kenal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger