Wednesday, 19 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Cuti-cuti Malaysia - Kuantan Pahang
.
Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan Pahang.
Bila cuti sekolah, budak-budak yang paling suka,
mak budak tumpang gembira dan
bapak budak yang garu kepala... nak bayar bil hotel segala :)
Bertolak dari KL pukul 10pagi, rancang nak makan tengahari di Akob Ikan Patin - tepi Sungai Kuantan, boleh gak pekena gulai tempoyak. Rupanya hari jumaat tutup laaa. Terus merajuk, nyampah....
Singgah gerai Pak Soh di Sg. Karang, betul-betul depan Hotel Swiss Garden yang masih dlm pembinaan. Keropok leko digentel dan disalut 1 lapisan tepung yang nipis lalu digoreng. Garing di luar & lembut di dalam... dapat pulak makan panas2, peeerrrrrrggh!! Mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan.
ada keropok leko, sata, otak-otak, keropok goreng... Hei! air kelapa pun ada laaa... pandai Pak Soh pujuk...
Pagi, petang, siang malam... swimmiiiiiiing je
Yeehaaaa!! mandi laut pulak!
Mari kita rentungkan kulit yang dah sedia hangus... mariiiiiiii!!
Boleh masak lemak utk makan malam ni.
Errr.. kalau le kena pelempang dgn tangan ni,
terus bungkus kain baju balik kampung... huhuhu
Errr.. kalau le kena pelempang dgn tangan ni,
terus bungkus kain baju balik kampung... huhuhu
Jatuh cinta dgn Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Segala jenis binatang laut yang dijual di sini sangat fresh, menepati citarasa, servis yang pantas walaupun pengunjung sangat ramai dan harganya sangat berpatutan.
Ikan siakap sweet sour
Udang goreng halia (agak berminyak), tak pe... nnti kita singgah gym
sayur cendawan sos tiram, sotong goreng tepung, telur dadar, sup kosong, nasi kosong (utk 6 orang), teh o ais, jus tembikai & jus oren gelas besar = RM 74 je. Esok repeat makan sini lagi dgn menu yang lain pulak :)
Kalau singgah Kuantan, antara kedai yg biasa diterjah ialah:
- Restoran Akob Ikan Patin, bandar Kuantan (makan tengahari)
signature dish ialah gulai tempoyak ikan patin & sambal tempoyak daun kayu
- Warong Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, (minum petang)
ada laksam, nasi dagang, kuih muih, sata, otak-otak, keropok lekor dan segala jenis binatang yg ada dilaut dia buat celop tepung
- Pak Soh, Sungai Karang (minum petang)
sata, keropok lekor, keropok keping, otak-otak, ikan masin
Makan Malam di Tanjung Lumpur
- Ana Ikan Bakar Petai
- Mail Ikan Bakar
- Marina Tomyam Seafood
Kalau singgah Kuantan, antara kedai yg biasa diterjah ialah:
- Restoran Akob Ikan Patin, bandar Kuantan (makan tengahari)
signature dish ialah gulai tempoyak ikan patin & sambal tempoyak daun kayu
- Warong Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, (minum petang)
ada laksam, nasi dagang, kuih muih, sata, otak-otak, keropok lekor dan segala jenis binatang yg ada dilaut dia buat celop tepung
- Pak Soh, Sungai Karang (minum petang)
sata, keropok lekor, keropok keping, otak-otak, ikan masin
Makan Malam di Tanjung Lumpur
- Ana Ikan Bakar Petai
- Mail Ikan Bakar
- Marina Tomyam Seafood
.
Wednesday, 5 December 2012
Wednesday, 21 November 2012
AS YOU WISH...
Firmansyah : Abah, cuti sekolah nanti Fiman nak sunat tau.
Abgtaf : GULP... tak takut ke?
Firmansyah : TAK
Abgtaf : Firman kan kecik lagi.. sakiiiiiit
Firmansyah : ala, macam kena gigit semut jeeee..
Abgtaf : kenapa tiba-tiba nak sunat?
Firmansyah : sebab Fiman nak solat saf depan pulak
Awekcun : Oh my son!
(tetiba perut yg mengandungkan Firman 6 tahun dulu terasa begitu sejuk.................... sbb tertumpah air batu)
11hb November 2012- seawal 7am,
Firmansyah dah berendam dalam besen beso.... bagi lembut.
Firman 'peserta' paling muda antara 12 orang
Makan pun kena pantang.. ala, 2 hari je, lepas tu semua dia bedal
"Abah.... kita suka la sunat sebab apa kita nak mesti dapat,
orang pun semua sayang Fiman...hihihi"
"duit pun Fiman dapat banyak... lagi banyak dari duit raya..."
Kalau tahun depan sunat lagi, boleh tak abah?
GULP!
Hi girls! I'm a big boy now...
Nota Ketiak :
Firmansyah : kalau mama jadi lelaki, baru la mama tau macamana sakitnya sunat tau..
Awekcun : Eleh, kalau Firman jadi perempuan, baru la Firman tau macamana sakitnya bersalin tau...
Awekcun : Eleh, kalau Firman jadi perempuan, baru la Firman tau macamana sakitnya bersalin tau...
.
Label:
Circumcisiom,
my kids story,
Sunat
Wednesday, 31 October 2012
Friday, 12 October 2012
SALAH SIAPA...
Buat apa pun rasa tak berapa selesa bila kepala teleng.
Kalau kepala dah senget 35 darjah arah tergelincirnya matahari, nak drive kereta mewah pun rasa mcm tak berapa nak cun...huhuhu
Tengok movie lagi parah... dia ingat kita nak ngorat pakwe dia yang tak macho tu... cis!
Agak-agak salah bantal ke salah kekabu?
Kuliah Jumaat : Ujian itu NIKMAT.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah Saba ' ayat 13 yang bermaksud:" Terlalu sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur."
.
Label:
sakit,
salah bantal
Friday, 28 September 2012
Bidan Terjun Lagi dan lagi dan lagi...
.
Mula bosan dgn kerja-kerja ofis tapi cuba buat 'dek' selagi mampu...
Sekali-sekala terfikir nak kerja di bakery, bergelumang dgn tepung & butter, vanilla & coklat, loyang & oven... Oh! Indahnya.
Tapi kalau setakat pandai buat bread pudding dengan lebihan roti gardenia yg dah nak expired, Oh! lupakan je la...
Nota ketiak : Bidan Terjun nangis sambil update blog...
.
Label:
Bidan Terjun,
Bread Pudding
Wednesday, 19 September 2012
Wednesday, 12 September 2012
Monday, 3 September 2012
Kuih 14Syawal...
Gigih top up kuih raya di pagi Syawal ke14, buat yg paling simple sbb ni je yg terer... huhuhu
nestle cornflakes, madu, butter & bijan
cairkan butter & madu, masukkan cornflakes & bijan..
tak sampai 30minit, siap 2 balang beso!
dan...
hanya mampu bertahan 2 kali zohor je sbb bebudak ni buat mcm makan nasi... huhuhu
.
Label:
Hari Raya Aidilfitri,
kuih raya,
my kids story,
Syawal
Subscribe to:
Posts (Atom)